My Blog
Description of my blog
Posted by: admin in Untagged on
Jan 16, 2009
Pembelah kayu ia berguna Jika tuan orang yang pandai Benda apakah makannya dua cara? Jika ke kedai pergi berbelanja Belikan saya sudu dan senduk Jika pandai katakan ia Semakin berisi semakin menunduk? Kalau tuan pakai lencana Pakailah songkok di atas kepala Kalau Tuan bijak laksana Binatang apakah tiada kepala? Pisau lipat dimainnya kera Tangannya luka lalu terjun Makan kuat tidak terkira Kenyangnya tidak tahi bertimbun? Minah ketawa terjerit-jerit Melihat koyak pada seluar Orang putih duduk sederet Pagar di dalam tebing di luar? Tuan puteri belajar menari Tari diajar oleh Pak Harun Kalau Tuan bijak bestari Apa yang naik tak pernah turun? Buah cermai di dalam lubang, tepung digaul minyak sapi, Anaknya ramai ibunya seorang, Bila digesel berapi-api? Mulut manis hati nak baik, Itulah amalan turun-temurun, Benda apa yang akan naik, Apabila saja hujan turun?
Posted by: admin in Untagged on
Jan 16, 2009
Gunung ini terletak tidak jauh dari kota Ciwidey dan perjalanan menuju ke kawasan ini begitu mempesonakan mata yang memandang. Ini kerana para pengunjung dapat menikmati keindahan alam apabila melepasi kebun strawberi, kolam air panas Cimangu dan sebagainya untuk ke Gunung Patuha.
Misteri dan Menakutkan
Untuk pengetahuan adik-adik, masyarakat dahulumenganggap Gunung Patuha sebagai kawasan yang bermisteri dan menakutkan (fearful) sehingga tiada seorang pun yang berani menjejakkan kaki ke kawasan tersebut. Pelbagai cerita timbul mengenai gunung ini dan ada yang menyatakan burung-burung yang terbang melepasinya akan mati. Walau bagaimanapun, semua cerita ini tidak dipercayai oleh seorang ilmuwan kelahiran Jerman, Dr. Franz Wilhelm Junghuhn. Pada tahun 1837, Junghuhn melakukan penelitian di Gunung Patuha untuk merungkai segala misteri yang menghantui penduduk di kawasan setempat ini. Ketika itulah beliau telah menemui Danau Kawah Putih. Mengikut penelitiannya disebabkan kawah ini terbentuk hasil letusan (eruption) gunung, kawah ini mengeluarkan semburan aliran lava dan gas yang berbau sehingga menusuk hidung. Oleh kerana itulah burung-burung tidak akan terbang melintasi permukaan danau ini.
Keunikan Kawah Putih
Kawah ini yang berada di kawasan Hutan Lindung Gunung Patuha juga dikenali sebagai Kawah Saat yang bermaksud ‘surut’ dalam Bahasa Sunda. Kawasan di sekitarnya yang sangat tenang dan mendamaikan pastinya meninggalkan kenangan yang indah kepada setiap pengunjungnya. Tetapi kebiasaannya para pelawat tidak akan berada lama di kawasan ini kerana cuacanya (weather) yang sangat sejuk. Menariknya Kawah Putih ini, suhunya akan turun ke 10ºC pada waktu siang dan 5ºC pada waktu malam apabila menjelangnya bulan Ogos.
Adik-adik, Danau Kawah Putih ini juga akan berubah warnanya seperti Danau Tiga Warna yang terletak di Pulau Flores, Indonesia. Menurut pengalaman pelancong yang pernah berkunjung ke sana, warnanya akan berubah kepada warna hijau epal apabila matahari panas terik dan berubah kepada warna coklat susu pada hari yang cuacanya terang. Bersesuaian dengan nama yang diberi, danau ini sering dilihat berwarna putih dan diselimuti dengan kabus (mist) yang tebal. Permukaan kawah ini serta pasir dan batu-batuan di sekitarnya juga berwarna putih. Kini, Danau Kawah Putih telah menjadi destinasi pilihan pelancong dan rakyat tempatan. Terdapat pelbagai kemudahan awam seperti gerai makanan, kawasan meletak kenderaan telah dibina untuk memberi keselesaan kepada para pelawatnya. Setiap pengunjung pastinya akan terpesona dengan keindahan Danau Kawah Putih dan seterusnya menimbulkan perasaan tenang.
Posted by: admin in Untagged on
Jan 16, 2009
Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR
1. Baca soalan dengan teliti sebanyak 2 kali 2. Analisa Jadual / Gambarajah / Graf
2.1 Kaji fakta di dalam jadual
2.2 Rangsangan pada gambarajah
2.3 Tafsir graf (banding beza)
3. Elakkan jawapan dengan ayat yang panjang atau kenyataan umum. 4. Gunakan maklumat / rangsangan yang diberikan dalam soalan. 5. Gunakan laras bahasa yang sesuai, tepat, dan ringkas. 6. Gunakan bahasa / istilah saintifik. 7. Jawapan mesti menepati konsep sains. 8. Anggaplah pemeriksa tidak tahu tentang sains. 9. Ingat, terdapat jawapan di dalam soalan. 10. Jangan banyak membuang masa pada soalan yang susah. 11. Sikap mesti positif, sentiasa semak soalan / jawapan. 12. Agihan masa Bahagian A (45 minit) dan Bahagian B (30 minit) 13. Banyakkan latihan menjawab soalan mengikut masa sebenar.
Posted by: admin in Untagged on
Jan 15, 2009
ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.
Umat Islam wajip mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu.
Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.
Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah.
Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.
“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra':1)
Tetapi bagaimana bagi mereka yang sangsi atau tidak mempercayainya langsung, malah menganggap ia satu kisah dogeng, seperti golongan yang kufur dengan nikmat Allah?
Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam pertama sekali kena percaya Allah itu Maha Berkuasa.
“Jadi, Allah boleh melakukan apa saja yang Dia kehendaki. Perjalanan Nabi melalui peristiwa itu juga bukan atas kehendak nabi tetapi dengan kehendak Allah SWT,” .
Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi.
Baginda mengalami pembedahan dada, hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah), kemudian dijahit kembali dadanya dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah.”
Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Israk' dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.
Tiba di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s. dilahirkan).
Dalam perjalanan itu juga Baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Afrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.
Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk.
Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.
Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja.
Mohd Rani berkata, memang kejadian Israk dan Mikraj itu aneh tetapi semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka.
Bagi yang mengerti, katanya, kebenaran peristiwa itu tidak perlu dipersoalkan kerana maksud Maha Suci Allah seperti pada ayat 1 surah al-Isra' menunjukkan kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
“Dia yang menjalankan dengan kehendak-Nya, maksudnya Allah yang menjalankan dengan kehendak Allah.
“Malah, semua makhluk berjalan dengan kehendak Allah. Misalnya, hujan turun dengan kehendak Allah, perjalanan matahari mengikut peredaran yang tertib juga dengan kehendak Allah.
“Perkara ini harus difikirkan secara terbuka, iaitu dengan tujuan mahu mencari kebenaran, bukannya menutup kebenaran. Semua kena yakin Allah Maha Berkuasa. Jika awal-awal lagi tidak mahu percaya memang susahlah,” .
Dalam hal ini beliau mengadakan satu perumpamaan, jika Allah mahu seekor semut berjalan dari Kuala Lumpur ke Jeddah dalam tempoh 10 jam, memanglah kelihatan pelik dan sukar diterima.
“Tetapi dari segi akal sebenarnya boleh diterima, sebab mungkin ia menaiki kapal terbang atau memasuki saku baju penumpang.
“Sebab itu ada ayat dalam al-Quran yang bermaksud Maha Suci Allah iaitu merujuk kepada kekuasaan Allah.
“Supaya Allah perlihatkan tanda-tanda kebesaranNya, benda-benda zaman dulu tidak boleh lihat, tetapi Nabi boleh lihat, termasuk dengan roh Nabi.
“Batu di Masjidil Aqsa juga terangkat kerana hendak mengikut bersama Rasulullah s.a.w ke langit disebabkan sayang dan tidak hendak berpisah dengan Nabi. Itu adalah tanda kebenaran yang sangat jelas.
“Sesiapa saja boleh ke Baitul Maqdis melihat batu terbabit yang masih boleh dilihat dengan jelas hari ini,”.
Posted by: admin in Untagged on
Jan 14, 2009
You can feel the wind that blows on your face and see it blowing things around. But, what is wind? How it is formed? What does it do? Wind is air in motion. It is created by the uneven (tidak rata) heating of the Earth’s surface by the Sun. Since the Earth’s surface is made of different types of land and water, it absorbs the heat from the Sun at different rates (kadar).During the day, the air above the land heats up more quickly than the air over water. The warm air over the land expands and rises. The cooler air, from the surface of the sea, rushes (menderu) in to take its place. This wind is called sea breeze (bayu laut).
At night, the land cools faster than the surface of the sea. In this case, the warmer air above the surface of the sea rises and pulls in air from the cooler land surface. This wind is called land breeze (bayu darat).
Wind can be named based on its direction (arah) and speed (kelajuan). Wind may blow from east, west, south, north, northeast (timur laut), northwest (barat laut), southeast (tenggara) and southwest (barat daya). To fi nd the wind direction, people use a wind vane (baling-baling angin). A calm wind, called a breeze, can make smoke drift and fl ags fl utter but a very strong wind, called a hurricane, can blow away trees and houses. People also give a special name to the wind that blows over their places and some of the names are Chinook (from Pacifi c Ocean to Rocky Mountains), Mistral (from Central France to Mediterranean) and Bora (from Eastern Europe to Italy).
Winds are very useful to us. It controls the temperature of the Earth, pushes clouds and sailboats, and also generates electricity. Wind is one of the least expensive forms of renewable (boleh diperbaharui) energy available. Some experts say it can sometimes be the cheapest form of energy source. Generating electricity from the wind does not leave dangerous waste products behind. Best of all, its supply is unlimited (tidak terhad).
There are so many interesting facts about winds. Here are some of them: • The windiest (paling berangin) place in the world is Port Martin, Antarctica. It has an average wind speed of 64 km/h over a year. • Only 1% of the world electrical energy is generated using winds. • The first practical windmill was built in Sistan, Afghanistan in 7th century.
Posted by: admin in Untagged on
Jan 14, 2009
Tip 1
Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
Tip 2 Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.
Tip 3 Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi.
Tip 4 Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.
Tip 5 Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.
Tip 6 Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.
Tip 7 Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
Tip 8 Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
Tip 9 Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
Tip 10 Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.
Tip 11 Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.
Tip 12 Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
Tip 13 Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.
Tip 14 Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.
Tip 15 Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.
Tip 16 Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya.
Tip 17 Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya.
Tip 18 Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu.
Tip 19 Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu.
Tip 20 Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran.
Tip 21 Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.
Tip 22 Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya.
Tip 23 Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang.
Tip 24 Jadikan diri anda sebagai ‘besi berani’ yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda.
Tip 25 Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda.
Tip 26 Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah.
Tip 27 Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah.
Tip 28 Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan.
Tip 29 Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda.
Tip 30 Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya. Tip 31 Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia.
Tip 32 Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, jadilah insan yang memberi manfaat kepada makhluk di atas muka bumi.
Tip 33 Semua orang sama ada baik ataupun tidak, adalah aset kepada kita dan membawa kebaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung.
Tip 34 Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah.
Tip 35 Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang.
Tip 36 Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu.
Tip 37 Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat.
Tip 38 Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya.
Tip 39 Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar.
Tip 40 Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri.
Tip 41 Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Tip 42 Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.
Tip 43 Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan bahan yang dibaca.
Tip 44 Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar.
Tip 45 Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu.
Tip 46 Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran.
Tip 47 Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda.
Tip 48 Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.
Tip 49 Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira.
Tip 50 Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap dan yang silap terasa betul.
Tip 51 Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang cemerlang.
Tip 52 Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.
Tip 53 Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki.
Tip 54 Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif.
Tip 55 Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif.
Tip 56 Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan positif walaupun kecil, hari ini juga.
Tip 57 Dengan mendidik orang lain, kita akan menyentuh kehidupannya sepanjang hayat.
Tip 58 Semua penyakit ada ubatnya. Ubatnya ada di dalam diri kita.
Tip 59 Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin hari kita yang terakhir di dunia ini.
Tip 60 Orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan.
Tip 61 Apabila anda berani mengaku bersalah, itu tanda anda semakin bijaksana.
* Petikan dari buku : Tips Pelajar Cemerlang Oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah
Posted by: admin in Untagged on
Jan 13, 2009
Ada hari kala kamu bangun pagi keadaan tidak seperti kamu harapkan terjadi itulah saat ketika kamu harus beritahu diri sendiri bahawa keadaan akan bertambah baik ada saat ketika orang mengecewakanmu dan membuatmu sedih itulah saat ketika kamu harus mengingatkan diri sendiri untuk tetap fokus pada keyakinan akan diri sendiri akan ada halangan dan perubahan yang harus kamu hadapi dalam hidup bagaimana menerimanya itu semua terserah kepada kamu tetaplah jaga dirimu pada arah yang tepat untuk mencapai tujuanmu memang tidak mudah tetapi masa-masa sulit itu akan menyedarkanmu tentang jati dirimu yang sesungguhnya jadi bila hari-harimu dipenuhi dengan kekecewaan dan tanggungjawab yang membebani ingatlah untuk tetap yakin pada diri sendiri dan segala yang kamu inginkan dalam hidupmu kerana semua halangan dan perubahan itu hanya akan membantumu menemukan tujuan yang kamu tahu memang diperuntukkan bagimu yakinlah pada dirimu
Posted by: admin in Untagged on
Jan 12, 2009
Dipos oleh: admin in Tidak bertag on Jan 13, 2009 Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.
Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.
Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh beerti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah.
Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.
Posted by: admin in Untagged on
Jan 12, 2009
Seekor anak monyet bersiap-siap hendak melakukan perjalanan jauh. Ia merasa sudah bosan dengan hutan tempat hidupnya sekarang. Ia mendengar bahwa di bagian lain dunia ini ada tempat yang disebut "hutan" di mana ia berpikir akan mendapatkan tempat yang lebih "baik". "Aku akan mencari kehidupan yang lebih baik!" katanya. Orangtua si Monyet, meskipun bersedih, melepaskan kepergiannya. "Biarlah ia belajar untuk kehidupannya sendiri," kata sang Ayah kepada sang Ibu dengan bijak.
Maka pergilah si Anak Monyet itu mencari "hutan" yang ia gambarkan sebagai tempat hidup kau Monyet yang lebih baik. Sementara kedua orangtuanya tetap tinggal di hutan itu. Waktu terus berlalu, sampai suatu ketika, si Anak Monyet itu secara mengejutkan kembali ke orangtuanya. Tentu kedatangan anak semata wayang itu disambut gembira orangtuanya.
Sambil berpelukan, si Anak Monyet berkata, "Ayah, Ibu, aku tidak menemukan hutan seperti yang aku angan-angankan. Semua binatang yang aku temui selalu keheranan setiap aku menceritakan bahwa aku akan bergi ke sebuah tempat yang lebih baik bagi semua binatang yang bernama hutan." "Malah, mereka mentertawakanku." sambungnya sedih. Sang Ayah dan Ibu hanya tersenyum mendengarkan si Anak Monyet itu. "Sampai aku bertemu dengan Gajah yang bijaksana," lanjutnya, "Ia mengatakan bahwa sebenarnya apa yang aku cari dan sebut sebagai hutan itu adalah hutan yang kita tinggali ini!. Kamu sudah mendapatkan dan tinggal di m hutan itu!" Benar, anakku. Kadang-kadang kita memang berpikir tentang hal-hal yang jauh, padahal apa yang dimaksud itu sebenarnya sudah ada di depan mata."
Kita semua adalah si Anak Monyet itu. Hal-hal sederhana, hal-hal ada di sekitar kita tidak kita perhatikan. Justru kita melihat hal yang "jauh-jauh" yang pada dasarnya sudah di depan mata. Kita gelisah dengan karir pekerjaan, kita gelisah dengan sekolah anak-anak, kita gelisah dengan segala rencana kehidupan kita. Padahal, yang pekerjaan kita sekarang adalah bagian dari karir kita. Padahal, anak-anak kita bersekolah sekarang adalah bagian dari proses pendidikan mereka dan hidup yang kita jalani adalah bagian dari rangkaian kehidupan kita ke masa yang akan datang.
Tanpa mengecilkan arti masa depan dan sesuatu yang lebih baik, ada baiknya apabila kita fokus dengan apa yang ada di depan mata, apa yang kita kerjakan sekarang, karena hal ini akan berpengaruh terhadap masa depan Anda. Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawabanmu masih salah karena banyak orang yang buta."
Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawaban baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawaban dia selalu, "Bukan. Tapi, kamu makin pandai dari tahun ke tahun, anakku."
Akhirnya tahun lalu, kakekku meninggal. Semua keluarga sedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku sangat ingat itu karena itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada kakek.
Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bagian tubuh yang paling penting, sayang?"
Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berpikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.
Ibu melihat kebingungan di wajahku dan memberitahuku, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar- benar"hidup". Untuk semua bagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahukan kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."
Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan air mata. Dia berkata, "Sayangku, bagian tubuh yang paling penting adalah bahumu." Aku bertanya, "Apakah karena fungsinya untuk menahan kepala?" Ibu membalas, "Bukan, tapi karena bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangin ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu punya bahu untuk menangis kapan pun kamu membutuhkannya."
Akhirnya, aku tahu, bagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tapi, simpati terhadap penderitaan yang dialamin oleh orang lain. Orang akan melupakan apa yang kamu katakan... Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan... Tapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka berarti.
"Masa depan Anda, kerjaya Anda, serta kehidupan Anda adalah yang Anda kerjakan hari ini."
Posted by: admin in myblog on
Jan 9, 2009
Pengembangan diri adalah belajar, belajar adalah pengembangan diri. Jika anda ingin lebih sukses dibandingkan dengan pencapaian anda pada waktu ini, kuncinya ialah jangan pernah berhenti belajar. Hanya dengan belajarlah anda akan berkembang dan menjadi lebih baik. Jadi untuk mengukur sejauh mana anda boleh berkembang ialah dengan mengukur sejauh mana motivasi belajar Anda. Bagaimana meningkatkan motivasi belajar? Jadi Optimis Sekarang Juga! Kita harus mengenal terlebih dahulu, apa saja yang melemahkan motivasi belajar. Seringkali semua ini hanyalah mitos belaka. Suatu keyakinan negatif yang meracuni diri kita sehingga malas belajar atau tidak memiliki motivasi belajar. Berikut adalah beberapa mitos tersebut: 1. “Ah Teori!” Banyak orang yang tidak mahu belajar kerana mereka tidak suka teori. Menurut mereka teori tidak penting, yang penting adalah praktikal atau amali. Betul, tidak salah sama sekali. Sehebat manapun teori yang anda miliki jika tidak diiringi dengan praktikal atau amalan, maka semuanya akan percuma. Namun saat anda langsung praktikkan atau amalkan, maka anda tetap saja akan belajar, iaitu belajar daripada pengalaman anda sendiri. Anda mungkin akan mencuba-cuba mencari yang benar. Belajar daripada pengalaman orang lain yang sudah lebih dulu berjaya adalah untuk mengurangi percubaan anda itu, sehingga anda akan lebih cepat berjaya. Teori saja memang salah. Praktikal atau amalan semata juga boleh saja menjadi salah. Teori yang disertakan praktikal atau amalan adalah yang terbaik. Belajarlah. 2. Saya sudah tua, sukar untuk belajar. Tidak ada kata terlalu tua untuk belajar. Kesukaran belajar kerana anda sendiri yang menghentikan belajar sehingga pola fikir kita menjadi berubah, dari pola fikir belajar menjadi pola fikir yang tertutup. Semasa kuliah saya melihat banyak pensyarah yang sudah tua masih tetap membeli buku dan belajar. Mereka sudah tua tetapi masih belajar karena mereka biasa belajar. Jika anda merasa sukar belajar, biasakanlah belajar meskipun sedikit demi sedikit sampai anda terbiasa dengan belajar. 3. Tidak ada waktu. Alasan tidak ada waktu hanya illusi belaka. Semua orang memiliki waktu, tetapi mengapa orang lain boleh tetapi anda tidak? Bukan waktu yang menjadi masalah, tetapi pilihan anda. Apakah anda mau mengutamakan belajar atau tidak? Inilah tiga perkara yang sering menjadi penghambat motivasi belajar. Semua mitos ini sudah terjawab. Dan anda harusnya mulai belajar!!sudah mulai mau belajar dengan membaca buku, ebook, mengikuti seminar, pelatihan, dan berbagai cara lainnya untuk mempercepat sukses Anda. Selamat belajar.
Fokus
Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR 16/01/2009 | Administrator
 Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR
1. Baca soalan dengan teliti sebanyak 2 kali 2. Analisa Jadual / Gambarajah / Graf
2.1 Kaji fakta di dalam jadual
2.2 Rangsangan pad [ ... ]
|
Danau Kawah Putih Yang Menakjubkan 16/01/2009 | Administrator
 Gunung ini terletak tidak jauh dari kota Ciwidey dan perjalanan menuju ke kawasan ini begitu mempesonakan mata yang memandang. Ini kerana para pengunjung dapat menikmati keindahan alam apabila melepas [ ... ]
| Artikel Lain |
|